Sinopsis Ratu Ten Pin 2: Shalin

Drama Ratu Ten Pin 2 : Shalin menampilkan barisan pelakon sedia ada disamping tambahan pelakon baru. Antara yang terlibat ialah Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato' Fizz Fairuz, Syaidatul Afifah dan ramai lagi.


Ianya bermula dengan watak Norma, Reez, Sandra dan Suzana yang kini sudah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Mem Maria yang juga merupakan jurulatih pasukan telah menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara sebagai pemain baru untuk mencukupkan bilangan pemainnya.

Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini.

Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin.

Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.